Skip to main content

Aku dan Keguguran

 Assalammualaikum kepada rakan-rakan seangkatan semua. Dah berbulan-bulan rasanya saya tak menjenguk blog ni. Apatah lagi nak blogwalking kat blog-blog kawan2 maya. Tengok ja tajuk kat atas tu dah tau dahkan apa yang saya nak kongsi hari ni. Sebenarnya lama dah tak update story sebabnya beberapa bulan lepas saya disahkan hamil dan sebelum disahkan tu dah rasa lain dah bangun pagi nak sarapan tapi rasa mual jak tengok nescafe yang i buat untuk hubby. Padahal sebelum tu itulah minuman kegemaran saya.

Peminat tegar kopi saya ni. Tapi entah selama di awal kehamilan tu rasa macam tak suka betol minum minuman tu.hehe,,suami kata "alhamdulillah"...Tapi tulah perancangan Allah adalah yang sebaik2nya kan, dan rezeki saya merasai kehamilan untuk kali pertama setelah perkahwinan masuk tahun ketiga hanya 2 bulan lebih sahaja. Alhamdulillah untuk ujian kali ini walaupun pada awalnya doktor sahkan kandungan tak menjadi tapi kami suami isteri tenang menghadapinya. Bukan niat nak mengatakan kami riak kerana sabar dengan ujian ni tapi suka saya kongsikan disini kekuatan kita akan datang apabila segala urusan yang kita lalui kita serahkan bulat2 kepadaNya.

Dan pertolongannya datang disebalik ujian yang diberiNya adalah dengan sabar dan redha dengan kejadian ini. Dan saya dipermudahkan melalui proses keguguran ini iaitu sepanjang keadaan ini saya langsung tak merasai kesakitan seperti yang kebanyakan orang keguguran rasa. Malah darah pun keluar sikit2 sehingga lah doktor telah melakukan proses D&C untuk keluarkan 'kantung' janin yang tidak menjadi ni kerana setelah beberapa hari tak nak keluar dengan sendirinya.

Dan ketika ini 3 minggu telah berlalu selepas saya melalui 'minor operation' for D&C prosedur. Alhamdulillah rasa sihat dan pada awal selepas proses tu ada rasa ngilu di bahagian rahim yang kadangkala datang. Dan saya berpantang jugalag terutama dari segi pemakanan dan mandi air suam serta tak buat kerja2 berat ni. Tapi selepas 2 minggu nampaknya saya dah langgar pantang sikit2,,,hehe..mudahan semoga Allah permudahkan kami perolehi zuriat lagi, aminnn.

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU

ASSALAMMUALAIKUM Selamat pagi isnin blogger, menu ni dah beberapa hari yang lepas tapi baru teringat nak kongsi. Menu 'simple2' je and as usually bahan utama atau hero menu ni kacang buncis yang kami tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah hasil pertama menjadi juga. Menu 'simple' ni saya suka masak dan campur tauhu basah yang digoreng terlebih dahulu. Sedap tau bagi yang gemar makan tauhu. Tapi ada juga yang tak suka xpayah letak la.. Dan kutipan hasil tanaman pada waktu memang puas hati. Cili padi macam biasa memang takkan berhenti membuahkan hasil. Terung pun begitu dan sayur kangkung terus mengeluarkan pucuk baru.Tapi terung takda pula dalam gambar lupa nak letak..hehe.. Macam biasa hasil2 yang banyak ni kami akan bawa ke rumah mertua dan adik-beradik. Tak bole habis ni kalau berdua ja yang makannya,,hehe,,,papun jom jamu mata. SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU Bahan-bahan: - segenggam sayur kacang buncis ( potong serong ) - 2 ketul tauhu basa