Skip to main content

Tips Hidup Sihat dan Bahagia


Assalammualaikum dan selamat pagi u olls, apa khabar semua rakan-rakan blogger? semoga sihat dan jangan lupa sentiasa bersyukur sebaik bangun sahaja dari tidur ya. InshaAllah hari kita akan bermula dengan aura dan semangat yang positif. Hari ni saya nak kongsi tips agar hidup kita sihat dan bahagia dan tenang. Ramai dah tahu sekarang macamana nak jadi lebih sihat dan tenang dan rasa bahagia tapi kadangkala kita terlupa nak bertenangkan bila hadapi perkara-perkara yang menguji perasaan dan minda. Dah macam pakar psikologi dah saya.
 
 Walaupun saya dulu study degree in psychology (youth n comunity) tapi kadang2 bila dah berddepan dengan hal-hal yang menguji kesabaran terlupa terus dengan apa yang telah dipelajari tentang pengawalan emosi. Almaklum darah muda dan jiwa time tu memang lemah. Alhamdulillah semakin meningkat usia ni (masuk 3 series dah) kesedaran tu makin meningkat juga. Sekarang ni baru faham konsep mengawal emosi agar sentiasa stabil dan secara langsung menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal.

Saya suka sangat berkongsi tips Prof. Dr Muhaya yang selalu dia kongsi iaitu Fikir baik, Rasa baik, Buat baik, Beri baik, dapat baik, dapat kesihatan, dapat bahagia, dapat ketenangan..saya tambah dapat cantik..hee .Macamana? Cuba lah praktikkan. Saya sendiri sentiasa mengajar dan mengingatkan diri agar sentiasa berfikir yang baik2. Alhamdulillah perkara yang baik dan positif kita akan terima. Patutlah Rasul s.a.w sendiri sering mengingatkan umatnya agar sentiasa bersangka baik. Rupanya perasaan dan emosi kita ni mudah terpengaruh dengan perkara2 yang negatif.

Sebab itu ada konsep banyakkan berzikir mengingati Allah. Setiap masa. Apabila kita amalkan ni inshaAllah kesihatan dan kebahagiaan akan kita perolehi. Tidak rugi kita melakukan perkara2 kebaikkan. Malah dapat pahala lagi. Ada juga pemberat kepada timbangan kita di Akhirat kelak. InshaAllah. Sama2 kita berdoa agar terus sihat, dan mudah melakukan ibadah. Aminnnn.

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU

ASSALAMMUALAIKUM Selamat pagi isnin blogger, menu ni dah beberapa hari yang lepas tapi baru teringat nak kongsi. Menu 'simple2' je and as usually bahan utama atau hero menu ni kacang buncis yang kami tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah hasil pertama menjadi juga. Menu 'simple' ni saya suka masak dan campur tauhu basah yang digoreng terlebih dahulu. Sedap tau bagi yang gemar makan tauhu. Tapi ada juga yang tak suka xpayah letak la.. Dan kutipan hasil tanaman pada waktu memang puas hati. Cili padi macam biasa memang takkan berhenti membuahkan hasil. Terung pun begitu dan sayur kangkung terus mengeluarkan pucuk baru.Tapi terung takda pula dalam gambar lupa nak letak..hehe.. Macam biasa hasil2 yang banyak ni kami akan bawa ke rumah mertua dan adik-beradik. Tak bole habis ni kalau berdua ja yang makannya,,hehe,,,papun jom jamu mata. SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU Bahan-bahan: - segenggam sayur kacang buncis ( potong serong ) - 2 ketul tauhu basa