Skip to main content

PTPTN dah langsai??

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Saya nak berkongsi sikit cerita ptptn dan epf untuk panduan dan motivasi kita bersama. Perkara inidah berlaku beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah ptptn suami dah langsai sepenuhnya dengan membayarnya menggunakan akaun kwsp @ epf sebab suami bekerja dalam syarikat swasta. Selepas Ptptn membuat pengumuman dan peringatan terhadap peminjam ptptn bukan sahaja melalui surat malah keluar di tv, suami mendapat inspirasi dan kekuatan kerana boleh membayar melalui akaun epfnya.

Sebelum ini bukannya tak tahu tapi kesedaran tu ditahap yang rendah dan kesibukan bekerja dan urusan hidup seharian membuatkan kami terlupa tentang perkara yang penting ni. Dan alhamdulillah apabila pihak ptptn terus-terusan mengeluarkan iklan di tv maka kekuatan dan keinginan melangsaikan hutang tu membuak-buak gitu,hehe.

Maka bermula lah kisah kami berurusan dengan menuju dahulu ke pejabat ptptn di bandar tawau untuk mengetahui prosedur pembayarannya. Kemudian pihak ptptn disitu akan memberikan kita borang berkaitan dan panduan untuk langkah seterusnya. Kemudian kami ke pejabat kwsp yang hanya berhadapan sahaja dengan pejabat ptptn. Senang urusanannya sebenarnya.

Bila di kwsp mereka akan cek status kewangan kita dalam epf, apabila syarat mencukupi untuk keluarkan bagi tujuan pembayaran untuk ptptn mereka akan maklumkan kepada kita. Suami dapat rezeki dengan dapat membayar habis hutang ptptn malah dapat rebat lagi. Syukur sangat kerana dipermudahkan. dan sekarang tinggal saya lagilah berhutang,huhu..tapi apapun inshaAllah kita akan cuba melangsaikan hutang ptptn ni.

Bagi yang tak faham lagi dengan urusan pembayaran ptptn ni bolehlah ke laman web kwsp@ ptptn. Tapi setahu saya sekarang ni tempoh membayar habis dengan memperolehi rebat dah tutup agaknya. Tapi apapun korang cubalah cari maklumat penuh di laman web berkaitan ya.

Comments

LadyBird said…
Alhamdulillah.. Lady sampai skrg belum dpt byr hbs lgi.. Br byr sikit.
Dila said…
Alhamdulillah,,ok la tu ada bayar bulan2,,saya punya pun belum habis lagi,,suami je yang dah langsai..inshaAllah sikit2 lama2 habislah tu,,

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Ayam Goreng Kunyit

Assalammualaikum semua..ntahla ada juga ka yg baca entry aku ni kali,,hehe,,papun x kisahlah janji aku dpt kongsi resepi utk mknan tengahari ni,,mood memasak dtg membuak-buak so aku masak resepi kegemaranku yg aku pelajari dr blogger2 masak2,,haaa bahasa aku,,he,,so check it out... amacam,,cute x??hehe,,sj puji dri sendiri,,ok berikut adalah resepinya : Bahan-bahannya ; Ayam (kuambil bhagian isi dada ayam) 1 labu bawang besar*(di hiris) 2 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 tangkai lada besar* 6 batang kacang buncis( di potong ikut suka ) sedikit serbuk kunyit (untuk perap d ayam dan tabur semasa menumis) sos tiram 1 sd teh garam dan perasa minyak la utk menumis perap ayam dengan sedkit kunyit dan garam kemudian goreng dengan minyak yg sedikit, aku guna kuali pan so guna minyak sedikit shj kerana kuali jenis pan aku ni x melekat. Dah masak asingkan. Kemudian panaskan sdkit minyak utk menumis bhn2 yg d hiris, masukkan isi ayam tadi,masukkan sos tiram, serbuk ...