Skip to main content

Motivasi Untuk Blogger

Sebenarnya saya menulis tajuk di atas adalah untuk peringatan dan motivasi untuk diri sendiri supaya mula fokus dan 'maintain dengan blog. Maklumlah manusia lagi-lagi macam saya pandaia turun naik self esteem dalam dunia blogging sebab kadang-kadang tidak ada idea nak tulis apa kan? mesti korang pun pernah rasa perkara yang sama.

So, apabila ada rasa-rasa yang sebegitu rupa, cepat-cepat tepis. Jangan biarkan diri dikuasai kemalasan untuk menulis entri walaupun sehari.(peringatan untuk diri sendiri,hehe). Tulislah paling tidak pun 1 rangkap pun jadilah kan.Eh, boleh pakai tak tips ni?? terpulang pada tuan punya blogkan?
Sendiri mau ingatlah kawan.

Fikirkan blogger-blogger yang 'famous' dan top yang mempunyai berjuta-juta 'viewers' tu, semuanya bermula dari bawah tapi tips yang paling asas mereka ada adalah kerajinan. Kerajinan berkaitan dengan usaha yang gigih, betul tak? Akhirnya akan memberikan kejayaan. Sesuai dengan pepatah arab yang bermaksud siapa yang berusaha dia akan memperolehinya(kejayaan).

Jadi jangan cepat putus ya Dila! haa,,kan cakap dengan diri sendiri ni. Lagi satu rajin tambah kawan-kawan walaupun ada sesetengah tak 'add' balik takpa. Fikir positif je mungkin mereka tak perasan atau sibuk kot. Belajar bersangka baik InsyaAllah akan dapat perkara baik juga. Okey jangan putus asa!!!

Comments

Nurul Shahira said…
Sha pun kadang-kadang hilang mood nak blogging. Malas pun ada jugak, haha. Tapi itulah, kena diri sendiri juga yang motivasikan diri sendiri. Jum sama-sama kita motivasi diri ! :)
Dila said…
Betul tu Sha, kena diri sendri paksa diri agar rajin,,hehe..semoga kita sama2 sentiasa bermotivasi

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe...

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos...

Idea Hias Rumah Ala Arab atau gaya Islamik

Assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari. Berpagi-pagian terutama di hari jumaat kata ustaz inshaAllah murah rezeki. Semoga kita semua dimurahkan rezeki hari ni dan hari seterusnya. Hari ni nak kongsi idea deko ruang dalam rumah kita gaya arab atau islamik. Memandangkan hari jumaat hari ni so tetiba rasa nak 'share' idea hias rumah ala arab. Sebelum tu gambar2 yang saya kongsi ni semuanya ihsan google. Kot2 ada orang di luar sana sedng cari2 idea nak hias rumahkan. Bolehlah jadikan gambar2 ni inspirasi.  Kebanyakan gaya rumah arab ni agak mewah dan sebagai rakyat yang hidup sederhana ni tak boleh nak ikut sangat cara hiasan orang arab ni. Just beberapa perkara jak kita boleh ambil sebagai suntikan idea dan kita olah ikut kemampuan. Bah, jom cuci mata.. hiasan dinding tu boleh tiru tapi yang letak shisa ni tak perlu ek.. kalau ada ruang luar rumah yang lebih bolehlah ikut gaya mcm ni ruang tamu ni kebanyakan kita di malaysia pun mcm ni cuma hiasan ...