Skip to main content

Lagi Tips Dari Nuffnang

Assalammualaikum dan salam jumaat yang penuh barakah. Kelmarin saya ada hantar lagi satu ticket pertanyaan kepada pihak nuffnang. dan Alhamdulillah mereka menjawab dengan kadar yang segera. Saya bukanlah 'pro' dalam hal ehwal berblogging ni tapi saya teruja sangat nak berkongsi tentang tips yang sebenarnya bukanlah baru tapi saya yang agak ketinggalan iaitu berkenaan cara tingkatkan trafik blog kita.

Okey jawapan kepada soalan yang saya hantar kepada nuffnang kelmarin ialah mereka kata secara ringkaslah ye, cara tingkatkan pengunjung ke blog anda adalah dengan menulis blog secara konsisten. Maknanya kalau awak jenis yang menulis seminggu 2@3 kali seminggu 'maintain' la tapi kalau hari-hari lagi bagus. Haaa...lebih kurang itulah jawapan mereka.

Dan satu lagi sebelum saya terlupa kenalah menulis berkaitan informasi yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Jangan 'copy paste' dahla ye..tajuk sama tak apa yang penting korang olah sendiri ayat korang ya. Setelah berkurun saya berblog barulah faham selok belok dunia blogging ni.

Bukannya saya tak pernah baca blog-blog otai dan popular tapi yalah kadang faham kadang malas nak buat..hahaha..salah sendiri..sapa suruh malas-malas kan. Harapnya kali ini momentem saya berterusan. Rugi rasanya hanya berblog dan tak jana pendapatan seperti orang lain. Harap tips ini dapat membantu dan lagi satu saya tegaskan disini, JANGAN MALU HANTAR PERTANYAAN KEPADA NUFFNANG berkaitan nuffnang la ye..selamat mencuba!!

Comments

Deeja said…
saya sendiri memang perasan, beza banyak jika anda rajin menulis blog dengan tidak dari jumlah pengunjung itu sendiri serta carian organik yang datang kepada blog anda.

Memang kena tulis original entry bukan copy paste. Caranya ialah dengan rajin membaca dan melalui pengalaman sendiri.
Nurul Shahira said…
Betul tu. Kalau ada apa-apa pernyataan, terus je hantar tickets kepada Nuffnang. InshaAllah pertanyaan dibalas :)

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Ayam Goreng Kunyit

Assalammualaikum semua..ntahla ada juga ka yg baca entry aku ni kali,,hehe,,papun x kisahlah janji aku dpt kongsi resepi utk mknan tengahari ni,,mood memasak dtg membuak-buak so aku masak resepi kegemaranku yg aku pelajari dr blogger2 masak2,,haaa bahasa aku,,he,,so check it out... amacam,,cute x??hehe,,sj puji dri sendiri,,ok berikut adalah resepinya : Bahan-bahannya ; Ayam (kuambil bhagian isi dada ayam) 1 labu bawang besar*(di hiris) 2 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 tangkai lada besar* 6 batang kacang buncis( di potong ikut suka ) sedikit serbuk kunyit (untuk perap d ayam dan tabur semasa menumis) sos tiram 1 sd teh garam dan perasa minyak la utk menumis perap ayam dengan sedkit kunyit dan garam kemudian goreng dengan minyak yg sedikit, aku guna kuali pan so guna minyak sedikit shj kerana kuali jenis pan aku ni x melekat. Dah masak asingkan. Kemudian panaskan sdkit minyak utk menumis bhn2 yg d hiris, masukkan isi ayam tadi,masukkan sos tiram, serbuk ...