Lebih kurang begitulah tajuk dalam satu segmen temubual dalam rancangan Assalammualaikum di tv alhijrah pagi tadi. Tapi saya dapat mengikutinya dekat nak habis dah. Sayang tak dapat follow dari awal.
Saya tak ingat nama blogger jemputan tadi tapi yang pasti dia sangat popular di alam blogger ni. Maafkan saya kerana maklumat tak lengkap. Tapi yang saya dengar blogger masih relevan dan mempunyai ramai pengaruh. Yang penting hasilkan blog yang dapat menarik minat orang membacanya dan sampaikan secara santai mengikut keselesaan masing-masing. Tak perlu terlalu terikut atau terikat dengan protokol atau teknik.
Lebih kurang begitulah katanya. Kalau ada yang salah tolong betulkan saya ya. Tapi macam yang ramai katalah kena menulis dari hati dan jujurlah. Dalam berblog ni juga apatah lagi bagi kita yang beragama islam dalam masa yang sama boleh mendatangkan pahala dan kebaikkan sebenarnya. Maknanya apabila kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat.
Bukan apa dalam kita ghairah berblog jangan lupa agar kita tidak melampaui batas sebagai orang islam. Kelak kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita sampaikan. Takut juga kalau selama ni saya berblog tersampai benda tak betul.huhu...maafkan saya sekali lagi ya..
Kan saya dah macam tanyalah ustazah ni cuma tinggal takda orang bertanya lagi,hehe, tapi apapun saya suka berkongsi bahawa seperti yang saya pernah dengar ustaz berkata jari-jari kita kelak di akhirat akan menjadi saksi kepada perbuatan kita semasa hidup dulu. So, peringatan untuk diri sendiri sebenarnya agar berhati-hati dengan apa yang dikongsi atau disampaikan. Selamat beramal...

Comments