Semangat nak update blog hari ni tentang tanaman saya. Beruntung rasanya tinggal dalam estet sebab dapat bercucuk tanam dalam kawasan kediaman. Keluasan tanah area rumak kami agak luas makanya saya dan suami tidak mensia-siakan tanah yang ada untuk menanam segala macam jenis sayuran dan buahan yang di gemari.
Tambahan pula sekarang ni harga sayur-sayuran dan buahan semakin meningkat so dengan bercucuk tanam sendiri dapatlah kurangkan bajet utk membeli sayuran di pasar kecuali yang takda di tanam and diperlukan barulah kami beli. Alhamdulillah rasanya dekat 3 bulan dah saya tak membeli sayur-sayur ni kat pasar. Memang dapat berjimat sangat malah segar dari kebun gitu. Kami langsung tak gunakan baja. Hanya gunakan tandan kelapa sawit yang tidak diperlukan sahaja sebagai nutrien semulajadi kepada tanah.
Antara tanaman kami..
|
hasil dah dapat dah. |
|
pokok kacang buncis |
|
pokok sayur manis |
|
sayur sawi putih dan sawi hijau
|
Banyak lagi gambar tanaman nak share tapi yang ni je dapat masuk. Pendek kata berbudi pada tanah inshaAllah akan mendatangkan hasil. Bagi yang tinggal dalam flat atau apartmen masih boleh juga bertanam tapi dalam pasu la. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihkan?
Comments