Lama juga tak meng'update' belog yang tak seberapa ni. Entah ada yang baca atau tak pun aku xpasti,hehe. Apapun semoga apa yang kita lakukan setiap hari adalah sesuatu yang bermanfaat dan membawa kebaikkan pada sekeliling mahupun diri sendiri.
Yalah kadang kita tak perasan kita 'ter'buang sampah dimana-mana kah, 'ter'marah dengan kucingkah, terlupa tutup suis lampu @ kipas yang tidak digunakan. Kalau untuk diri sendiri pula macam lambat mandi kah, lambat makan kah, kan itu tidak memberi kebaikkan pada diri sendiri?
Benda remh-temeh macam ni la selalu kita tak perasan kan. Tapi kalau dah tersedar perkara-perkara ni tak beapa elok mari cepat-cepat ubah agar kehidupan kita lebih sihat sejahtera. Dan paling penting jangan sekali-kali biarkan minda kita memikirkan perkara-perkara yang negatif okay. Itu sangat-sangat tidak sihat. Memberi perasaan tidak elok dan emosi terganggu dek kerana memikirkan perkara yang tak betul dan perkara-perkara buruk yang di andaikan.
Dalam agama islam sendiri pun sangat melarang kita berprasangka burukkan? Kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikkan pun. Jadi marilah amalkan minda dan emosi yang sihatb walafiat ya! Kita sendiri juga yang untung. Bukan sahaja sihat minda, emosi malah badan pun inshaAllah akan sihat. Cubalah!!
ihsan google |
Comments