Amacam, gempak ka tajuk entri. Hari ni rajin update blog lain macam ja rasa..hehe.. Jangan risau i masih sihat dan waras okay. Sekali 2 entri dalam sehari. Rasanya yang ni paling rajin setelah 3 tahun melibatkan diri dalam alam blogger ni,hehe..
Sebenarnya nak share satu lagi tempat menarik ada di sabah ni ialah Air Terjun Madai yang terletak di dalam daerah kunak tapi jauh dari kawasan pekan. Terletak antara jalan Lahad Datu dan Kunak. Kalau dari Lahad Datu tempat ni sebelah kiri dan kalau dari Kunak sebaliknya.
Satu ketika dahulu tempat ini sentiasa menjadi kunjungan orang ramai terutama ketika hujung minggu dan cuti umum. Airnya yang sangat bersih dan jernih sentiasa menjadi tarikan pelawat-pelawat yang datang berekreasi di sini terutama sekali mandi manda lah.
Kemudian satu jambatan gantung telah di bina melalui kawasan sungai di bawahnya. Namun hanya beberapa tahun sahaja jambatan tersebut telah di tutup atas sebab kerosakan dan hendak di selenggara. Rasanya dah 3@ 4 tahun jambatan tu terbiar tanpa diperbaiki. Entah dimana silapnya.
Dan kini kawasan ni jadi sunyi sepi. Orang hanya singgah untuk membuang air, solat, dan membeli makanan dari gerai yang terdapat dalam kawasan rekreasi ni.
|
suami jadi model jap
|
|
keadaan air terjun dari bawah
|
|
pemandangan dari atas |
|
kawasan sekitar taman |
|
pondok juga disediakan
|
Tak banyak sangat gambar dapat di ambil maklum gambr dari hp jew..so memory limited,,huhu..
Comments