Skip to main content

DAGING GORENG KICAP DAN SAYUR KANGKUNG MASAK BELACAN

ASSALAMMUALAIKUM..

Salam syawal kerana hari ini dah masuk 23 syawal,,ada 7 hari lagi kita berada dalam bulan syawal. Maknanya hari2 yang terakhir ini ramailah orang akan berpusu-pusu mengadakan jamuan rumah terbuka..wahh ayat ku..he..apapun pastikan kita menjaga pemakanan kita di waktu2 perayaan begini dan jangan ter'over' makan ya..bukan sahaja badan berat akan bertambah tapi takut2 penyakit lain akan timbul..kata nabil lu pikirla sendiri,,,hee

Okeh jom semak menu tengahari i tadi untuk suami tercinta..jiwang2 skit..hee



Bahan2 Daging Goreng Kicap :

- Daging batang pinang ( tak sampai 1/2 kilo i agak )
- 1 sudu teh kicap pekat*
- 1 sudu teh cuka makan*
- 1 sudu teh serbuk lada hitam*
- 1 sudu teh rempah kari ayam@daging*
- 1 sudu teh serbuk kunyit*
- 2 biji lada hijau di hiris
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 ulas bawang putih dikisar
- 2 ulas bawang merah dikisar
- 1 inci halia dikisar
- sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan serbuk perasa

Method :

Daging dihiris tipis dan perap bersama bahan bertanda*..perap 10-15 minit.
panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan2 dikisar..kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Tumis sehingga daging masak dan lembut ( petua nak lembutkan daging @ x liat campurkan 1 sudu teh soda bikarbonat,jangan banyak nanti pahit pula daging tu)
Perasakan dan masukkan lada dan bawang besar yang dihiris, gaul sebati kemudian tutup api. Sedia untuk dihidang.

Bahan2 Sayur Kangkung Masak Belacan :

- Seikat sayur kangkung ( i punya segar dari ladang ya, nak masak baru petik kat batas tepi rumah)
- Sedikit ikan bilis ( agak2 ikut kesukaan korang,i sekadar untuk sapak2 je..(bahasa org kampung)
- 1/2 inci belacan
- 2 ulas bawang putih
- beberapa biji cili padi ( ikut kepedasan yg disukai )
- 1 sudu teh sos tiram
- garam dan serbuk perasa
-sedikit minyak untuk menumis

Method :

Sayur tadi potong2 dan cuci. Tumbuk lumat ikan bilis, belacan, bawangputih, cili padi. Panaskan kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. Dah naik bau masukkan sayur masak sehingga layu sedikit dan masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Matikan api dan hidangkan. Selamat mencuba!!




Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Ayam Goreng Kunyit

Assalammualaikum semua..ntahla ada juga ka yg baca entry aku ni kali,,hehe,,papun x kisahlah janji aku dpt kongsi resepi utk mknan tengahari ni,,mood memasak dtg membuak-buak so aku masak resepi kegemaranku yg aku pelajari dr blogger2 masak2,,haaa bahasa aku,,he,,so check it out... amacam,,cute x??hehe,,sj puji dri sendiri,,ok berikut adalah resepinya : Bahan-bahannya ; Ayam (kuambil bhagian isi dada ayam) 1 labu bawang besar*(di hiris) 2 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 tangkai lada besar* 6 batang kacang buncis( di potong ikut suka ) sedikit serbuk kunyit (untuk perap d ayam dan tabur semasa menumis) sos tiram 1 sd teh garam dan perasa minyak la utk menumis perap ayam dengan sedkit kunyit dan garam kemudian goreng dengan minyak yg sedikit, aku guna kuali pan so guna minyak sedikit shj kerana kuali jenis pan aku ni x melekat. Dah masak asingkan. Kemudian panaskan sdkit minyak utk menumis bhn2 yg d hiris, masukkan isi ayam tadi,masukkan sos tiram, serbuk ...