ASSALAMMUALAIKUM...
Selamat pagi dan semoga hari jumaat yang mulia ini menjadikan kita manusia yang lebih bertakwa, positif dan lebih baik dari semalam. Hari ini negara kita menerima jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas MH17. Pastinya setiap keluarga bersabar menanti ketibaan jenazah keluarga masing-masing.
Kehilangan orang yang tersayang dan lebih-lebih lagi mereka yang sangat dekat dengan kita memang sangat menyakitkan dan teramat sedih. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa ketika itu kita sedaya upaya bersabar dan kuat menghadapinya. Dila sendiri pernah melalui saat-saat getir itu apabila kehilangan ibu tercinta ketika 2008 dan pada waktu itu dila masih berada di universiti (UMS) dan berada di tahun terakhir.
Ibu tercinta terlibat dalam kemalangan jalanraya bersama ayah dan adik bongsu, ayah hanya cedera ringan dan alhamdulillah adik selamat dan tidak cedera. Namun arwah ibu mengalami kecederaan bahagian tulang belakang dan hanya bertahan selama 2 malam sahaja. Dila sempat menjaga arwah ibu dihospital dan tak sangka itulah kali terakhir kami bercakap sebelum ibu dimasukkan kedalam wad icu..
Kesedihan yang dila alami ketika itu hanya Allah yang tahu apabila esok paginya dekat waktu zuhur doktor mengesahkan arwah ibu telah tiada. Sungguh dila tak puas lagi bermanja dengan ibu dan setiap waktu berdoa semoga Allah berikan dila kekuatan dan semangat memandangkan ayah masih lagi belum sihat sepenuhnya dan adik2 masih kecil dan bersekolah.
Alhamdulillah sudah 6 tahun pemergian arwah ibu dan kini dila lebih tenang dan sentiasa menitipkan doa untuk arwah ibu tercinta di 'sana'.
Kepada ahli keluarga MH17, terutama yang beragama islam, hanya doa penguat jiwa kita dikala ujian seperti ini menimpa. Percayalah, perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambanya dan setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Bersangka baik dengan Allah dan redha dengan segala yang berlaku. Kita bertuah kerana Allah memilih kita untuk di ujiNya dan dengan itu kita akan makin dekat dengan Allah. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan peroleh rahmat dariNya...Amin..

Comments