Skip to main content

Tips Diet Sihat..

waa,,kali ni entry aku pasal diet plak, saja nak kongsi sebagai motivasi dan peringatan buat diri ku sendiri yang nak diet ni...tapi kadang2 mkn x hengat dunia gak,haha,,so ini ada beberapa tips ringkas la ek.. :

1. Minum banyak air la,,siang terutamanya, mlm kurangkan ek,,seperti yg aku pernah dengar di radio apa kah aku pun ingat tapi yang aku ingat sumber tersebut menyatakan jgn minum air 2 jam sebelum tidur. emm korang carilah sendiri kesahihanya ya ekk,,aku otw tengah kaji ni,,cehh. Ops sebelum terlupa sekurang2nya minum 6-8 gelas sehari.

2. Kedua pula kurangkan la mkn makanan yang berminyak dan berlemak. Tahan2 sikitla nafsu tu ekk. ( aku tengah try)

3. Rajin melakukan senaman sekurang2nya 20-30 minit sehari lagi baik xpun 3x seminggu. Yang ni kalau aku salah tolong betulkan ek.

4. Alternatif lain aku pakai losyen mustajab Dunia Hers,,,hehe,,,nak perut ni kempis lagi.

5. Minum air limau kasturi 15-20 mint selepas aku mkn la,,saja nak kongsi part yang ni.

Dan banyak lagi sbenarnya tips2 diet dan kesihatan ni tapi korang rajin2 la 'google' sendiri ekk,,papun nanti kalau aku dah rasa hasilnya sendiri akan ku kongsi lagi kat korang ekk, Selamat mencuba!!
saja nak kongsi gambar yang tiada kaitan.hee.

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU

ASSALAMMUALAIKUM Selamat pagi isnin blogger, menu ni dah beberapa hari yang lepas tapi baru teringat nak kongsi. Menu 'simple2' je and as usually bahan utama atau hero menu ni kacang buncis yang kami tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah hasil pertama menjadi juga. Menu 'simple' ni saya suka masak dan campur tauhu basah yang digoreng terlebih dahulu. Sedap tau bagi yang gemar makan tauhu. Tapi ada juga yang tak suka xpayah letak la.. Dan kutipan hasil tanaman pada waktu memang puas hati. Cili padi macam biasa memang takkan berhenti membuahkan hasil. Terung pun begitu dan sayur kangkung terus mengeluarkan pucuk baru.Tapi terung takda pula dalam gambar lupa nak letak..hehe.. Macam biasa hasil2 yang banyak ni kami akan bawa ke rumah mertua dan adik-beradik. Tak bole habis ni kalau berdua ja yang makannya,,hehe,,,papun jom jamu mata. SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU Bahan-bahan: - segenggam sayur kacang buncis ( potong serong ) - 2 ketul tauhu basa