Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

NASI KUNING IKAN..

ASSALAMMUALAIKUM DAB SALAM SEJAHTERA,, Malam-malam nak update menu lagi. Jangan bosan ye memasak. Tapi kadang kita yang selalu memasak ni pandai bosan nak memasak. Bukan bosan pasal apa tapi tidak ada idea nak masak. Kalau kebosanan melanda diri dila cepat-cepat google cari idea masakan.hehe.. Menu ni dah 3 hari yang lepas tapi tidak sempat nak update. Nasi kuning ni kalau di sabah adalah menu sarapan paling digemari ramai selain nasi lemak dan roti canai dan macam-macam lagilah. So, beberapa hari lepas teringin nak makan terus buat untuk makan tengahari. Ha, nak buat makan tengahri pun okay apa..memandangkan ada ikan putih kecik sesuai sangatlah dengan nasi kuning ni. Menu ni senang saja tapi dila nak kongsi juga..hehe,,,jangan marah haa..okay jom semak resepi. Nasi Kuning Ikan Nasi Kuning - 1 1/2 cwn beras biasa - 1 cwn santan cair - 1 inci halia * dihiris - 2-3 helai daun pandan - secubit garam Ikan - secubit garam -1 sd kecil serbuk kunyit - minyak untuk menggo

Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme

  ASSALAMMUALAIKUM,, Jom kawan-kawan blogger sertai segmen ni,,untuk tambah kenalan dan manatau bertukar-tukar info dan ilmu, inshaAllah..Klik je dekat banner tu ye,,tq^_^

KEK SPAN VANILLA GEBU

ASSALAMMUALAIKUM Kelmarin petang rasa nak membaking tiba-tiba muncul. Dengan pantasnya dila capai handphone then trus google resepi kek span yang simple. Banyak sangat resepi kek span ni tapi ada yang bahan2nya dila takda kat rumah. So, godek punya godek sekali terjumpa resepi dari otai masak termashur..(betulkah ejaan tu??) sapa lagi kalo bukan CMG ya'll,,Dapur Tanpa Sempadan  okay. Tapikan dila ada ubah sikit2 bab sukatan coz dalam rumah takda penimbang so dila guna sukatan cawan @measuring spoon untuk memudahkan rakan2 lain yang xda penimbang mcm i??hehe.. Alhamdulillah walaupun derhaka sikit dengan resepinya tapi menjadi ya'll..yang penting husband dila suka..hehe..ok sebelum tu terima kasih sangat pada DTS kerana berkongsi ilmunya..seriously rasanya macam cheese kek padahal guna butter je pun..sedap and gebuss...jom semak resepi versi dila dari ladang,,,ekekeke... KEK SPAN VANILLA Bahan2nya : Bahan A - 1/2 cwn tepung gandum - 1/4 cwn susu segar @ susu cair

POPIA SAYUR DAN JEJARI KETAM

ASSALAMMUALAIKUM Selamat pagi dan salam selasa buat rakan blogger,,amacam hari ni??ada happy tak?ada stress tak? alala,,janganla stres2 ye,,be happy person and positive person,,,InshaAllah kehidupan dan orang sekeliling kita akan happy juga... Okay tadi pagi sarapan dengan kuih popia goreng. Sebenarnya hari ni ada tempahan kuih2 dari office suami tak banyak just rm10.00. Alhamdulillah rezki dari Allah. So dila buat 2 jenis kuih je karipap dan popia goreng. Sempat snap gambar popia je. Okay jom la semak resepi popia ni. Dila buat simple dan bahan2 mudah didapati di pasaraya. POPIA SAYUR DAN JEJARI KETAM Bahan2nya : - Kulit popia secukupnya - hirisan sayur kubis - lobak diparut - jejari ketam di belah 4 - garam dan serbuk perasa - minyak untuk menggoreng - air untuk melekatkan kulit popia Kaedahnya : - Sayur yang dihiris dan lobak yang diparut tadi cuci terlebih dahulu kemudian toskan. Tumis sayur kubis dan lobak merah seketika dalam kuali dan jangan terlalu lama. Te

TERUNG MASAK LEMAK

ASSALAMMUALIKUM Okay untuk tengahari ni dila akan berkongsi 1 lagi resepi 'simple' tapi sedap. Menu ni encik suami request. Dia teringin nak sayur terung masak lemak ni. Lama juga tidak masak sayur2 yang bersantan. Tapi kali ni dila tak guna santan segar tapi dila gantikan dengan susu isian sejat Marigold. Ringan sikit rasa lemaknya dan yang penting suami dila suka. Sekali lagi terung ni petik jak dekat halaman depan rumah. Segar dari ladang gitu. Menu tengahari ni dila gabungkan dengan ikan putih goreng tapi ikan goreng xpayahla bagi resepi kan, semua pun pandai,,hehe..okayla jom semak resepi. SAYUR TERUNG MASAK LEMAK Bahan-bahannya : (hidangan untuk 2 org ja) - 4 batang@ biji terung muda - 1 batang serai *dititik - 2 ulas bawang merah *ditumbuk halus - 2 ulas bawang putih*ditumbuk halus - sedikit ikan bilis kering @ikan masin aka ikan kering pun bole -1 inci halia *ditumbuk halus - 1/2 inci kunyit hidup *ditumbuk halus - sedikit minyak untuk menumis -1

SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU

ASSALAMMUALAIKUM Selamat pagi isnin blogger, menu ni dah beberapa hari yang lepas tapi baru teringat nak kongsi. Menu 'simple2' je and as usually bahan utama atau hero menu ni kacang buncis yang kami tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah hasil pertama menjadi juga. Menu 'simple' ni saya suka masak dan campur tauhu basah yang digoreng terlebih dahulu. Sedap tau bagi yang gemar makan tauhu. Tapi ada juga yang tak suka xpayah letak la.. Dan kutipan hasil tanaman pada waktu memang puas hati. Cili padi macam biasa memang takkan berhenti membuahkan hasil. Terung pun begitu dan sayur kangkung terus mengeluarkan pucuk baru.Tapi terung takda pula dalam gambar lupa nak letak..hehe.. Macam biasa hasil2 yang banyak ni kami akan bawa ke rumah mertua dan adik-beradik. Tak bole habis ni kalau berdua ja yang makannya,,hehe,,,papun jom jamu mata. SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU Bahan-bahan: - segenggam sayur kacang buncis ( potong serong ) - 2 ketul tauhu basa

Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan

  http://hanyadihatiku .blogspot.com/     

Taman mini aka mini Taj Mahal??

ASSALAMMUALAIKUM Mini Taj Mahal??ha ini husband i bagi nama..taman mini ni dia buat khas untuk i,,^_^,,terharu dengan usaha suami tercinta buat tempat gantung bunga2 hiasan. Tapi tak banyak lagi la. Setiap pagi tengok bunga2 yang digantung ni rasa segar dan indah pemandangan. Alhamdulillah menjadi juga hasil tangan ini. Sebenarnya tak susah menanam bunga atau sayur2an. Terpulang pada kemahuan diri dan sedikit effort diperlukan. Kalau tak nanti terhenti separuh jalan k...Dan rajin siram pagi dan petang. Dan menanam bunga-bungaan ni salah satu terapi buat kita. Perasaan gembira dan puashati melihat hasil kerja tangan sendiri. Dan menurut salah satu pakar motivasi negara, sekiranya kita tanam bunga ros depan rumah atau sekeliling rumahla, kemudian bunga tersebut kembang mekar dengan izin Allah, maknanya orang dalam rumah tersebut mempunyai aura yang positif dan tumbuhan disekeliling rumah menarik aura penghuni dalam rumah...tengok tu... Lagi satu tumbuhan2 ni semua kan berzikir,

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/08/giveaway-merdeka-penang-mari-baq-ang-by.html Label

BERDOA, SABAR DAN TERUS BERDOA...TAKZIAH BUAT KELUARGA MH17..

ASSALAMMUALAIKUM... Selamat pagi dan semoga hari jumaat yang mulia ini menjadikan kita manusia yang lebih bertakwa, positif dan lebih baik dari semalam. Hari ini negara kita menerima jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas MH17. Pastinya setiap keluarga bersabar menanti ketibaan jenazah keluarga masing-masing.  Kehilangan orang yang tersayang dan lebih-lebih lagi mereka yang sangat dekat dengan kita memang sangat menyakitkan dan teramat sedih. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa ketika itu kita sedaya upaya bersabar dan kuat menghadapinya. Dila sendiri pernah melalui saat-saat getir itu apabila kehilangan ibu tercinta ketika 2008 dan pada waktu itu dila masih berada di universiti (UMS) dan berada di tahun terakhir. Ibu tercinta terlibat dalam kemalangan jalanraya bersama ayah dan adik bongsu, ayah hanya cedera ringan dan alhamdulillah adik selamat dan tidak cedera. Namun arwah ibu mengalami kecederaan bahagian tulang belakang dan hanya bertahan selama 2 malam sahaja. Dila

NASI GORENG KAMPUNG...RESEPI DARI LADANG

ASSALAMMUALAIKUM... Selamat pagi semua, apabila terjaga dari tidur diwaktu subuh atau sebelumnya kita disuruh berdoa dn memanjatkan kesyukuran kepadaNya sebagai tanda terima kasih kita kepada Pencipta kerana masih memberikan kita nafas dan merasai nikmatNya di dunia ini..Kata Prof Muhaya, amalkan setiap hari bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang kita perolehi hari ini. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan perolehi ketika ini, inshaAllah, kita akan menjadi manusia yang kuat dan positif serta gembira melalui hidup ini... Mukaddimah di awal pagi,,sebagai peringatan untuk diri sendiri,,,sory ye tazkirah di pagi hari, ok alhamdulillah hari ni nak kongsi menu sarapan pagi yang ringkas, mudah dan sedap. Memandangkan nasi semalam berbaki so i putuskan buat nasi goreng kampung,,dan semua bahan untuknya sedia ada,,kalau sayur kangkung memang sedia maklum banyak kat batas. Mungkin ramai dah yang tahu macamana nak buat menu ni tapi aku saja nak kongsi juga bagi sesiapa yang baru nak

KUAH KACANG BERDAGING MUDAHDAN SEDAP..

ASSALAMMUALAIKUM.. Selamat malam semua, siang tadi sibuk buat kuah kacang untuk bestpren suami i, untuk 50 orang u olls..sebenarnya 1st time masak kuah kacang sebanyak ini..tapi alhamdulillah cukup rasanya coz time wat open house awal raya aritu i buat x sampai 2 kg daging untuk tetamu dkt2 50 i agak le..and kuah kacang berbaki,,so kali ni, i dengan berani matinya estimated bahan2 lebih dari yang i masak sebelum ni,,dan ini adalah resepi yang sangat simple bagi mereka yang x lengkap rempah ratus kat rumah tu mcm i... ( maklum, tinggal dalam estet ). Dan semoga tetamu kawan suami i berpuas hati dengan kuah kacang tersebut,,tapi i janji if u ools try ni resepi inshaAllah menjadi dan sedap, daging pun lembut jak ( slang sabahan sikit)..^_^ So jom semak resepi... snap dlm bekas pun bole la kan... Bahan-bahannya ialah : - 2 kg Daging lembu  (ayam pun bole) di potong kecil2 ( rebus setengah masak ) - 1 kg Kacang tanah(goreng dan kisar halus) - 300gm lada kering ( rebus, c

TANAMAN KAMI...

ASSALAMMUALAIKUM Kali ni nak kongsi dgn u olls pasal tanam sendiri sayur anda. Alhamdulillah selama tinggal dengan suami dalam estet ni aku belajar bercucuk tanam dan selama satahun lebih banyak jugala hasil diperolehi dan dapat juga buat amal sikit dengan kongsi2 rezeki Allah ni. Nikmat sungguh rasanya bila apa yang kita tanam menjadi dan segar bugar tumbesarannya,,waahh..layan la antara gambar2 i kongsi ngan u olls... Senang je tanam2 ni,,,cari kedai yang jual biji benih sayur2ran dan buah2han...sediakan batas dan taburkan ja atas batas tu,,rajin siram air pagi dan petang..i punya ni tak guna baja ok...segar dan sihat gitu... tomato ceri macam nak mati je pokok ni. ni sayur kangkung akar.. yang dekat pagar tu kacangbotor,,abaikan ja benda2 lain ekk,,hee yang dkt pagar tu lada besar @ cili besar,,banyak pokoknya ni tapi panas sangat nak ambil gambar,,hee ada kacang buncis, cili padi, betik, pisang kat luar pagar..baru jak tumbang 2 tandan pisang..

DAGING GORENG KICAP DAN SAYUR KANGKUNG MASAK BELACAN

ASSALAMMUALAIKUM.. Salam syawal kerana hari ini dah masuk 23 syawal,,ada 7 hari lagi kita berada dalam bulan syawal. Maknanya hari2 yang terakhir ini ramailah orang akan berpusu-pusu mengadakan jamuan rumah terbuka..wahh ayat ku..he..apapun pastikan kita menjaga pemakanan kita di waktu2 perayaan begini dan jangan ter'over' makan ya..bukan sahaja badan berat akan bertambah tapi takut2 penyakit lain akan timbul..kata nabil lu pikirla sendiri,,,hee Okeh jom semak menu tengahari i tadi untuk suami tercinta..jiwang2 skit..hee Bahan2 Daging Goreng Kicap : - Daging batang pinang ( tak sampai 1/2 kilo i agak ) - 1 sudu teh kicap pekat* - 1 sudu teh cuka makan* - 1 sudu teh serbuk lada hitam* - 1 sudu teh rempah kari ayam@daging* - 1 sudu teh serbuk kunyit* - 2 biji lada hijau di hiris - 1 biji bawang besar dihiris - 2 ulas bawang putih dikisar - 2 ulas bawang merah dikisar - 1 inci halia dikisar - sedikit minyak untuk menumis - Garam dan serbuk perasa Method

SAYUR BUNGA BETIK VS AYAM BUTTER

 Assalammualaikum Sebelum ke tajuk utama kita i suka nak share pada u olls kejadian kelmarin. Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya kami berempat dpt berkumpul. Seingat aku last pertemuan kami ketika salah seorang sahabat kami berkahwin AKA cikgu zurah kami panggil dia coz dia dah jadi cikgu time tu x silap 2010 kot. Sejarah pertemuan kamiberempat ni sebenarnya dari di alam sekolah rendah lagi tapi zura dan ija sekolah rendah giram, dan i dan ani sekolah rendah pekan. Tetapi sekolah rendah agama yang sama.  ni la dia berdiri kat blakang dah jd istri org dah yg duk depan tu bakal2.. Namun apabila ke sekolah menengah kami berempat bersekolah dan kelas yang sama dan dari daerah yang sama sebabnya kami bersekolah di sekolah menengah agama kunak dan sekolah ini mengambil pelajar dari pelbagai daerah dan hanya 5 orang sahaja dari daerah kunak yang terpilih. Kami berempat antaranya..macam terer kan,,hehe..sederhana jak aku ni yang 3 org tu lagi terer ( jura,ani n ija)..mungkin k

Cerita semalam..

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu bloggers.. Kemarin petang i menghadiri open house manager ladang kat ladang tempat suami i keja ni and alhamdulillah kenyang sangat2. Banyak juga lauk pauk kak Asmidar (isteri manager) masak dan i memang salute ngan akak sorang setiap apa hidangan yang dia masak memenuhi citarasa tekak ku ini..wahh..demand gitu tekak i..hehe. Walaupun kak mida(panggilan manjanya) dah beranak 3 dah tu kecik2 lagi anaknya namun aku ibaratkan dia supermom. Kenapa supermom? korang cuba bayangkan apa yang dibuat oleh seorang supermom..hee. Boleh jadi inspirasi buat kita yang bergelar isteri dan bakal2 bergelar ibu. Dengan layanan yang sememang dah mcm keluarga i rasa bertuah dan bersyukur coz Allah pertemukan i dengan jiran 'seladang' yang sangat peramah dan baik walaupun berbeza pangkat. Semoga Allah sentiasa merahmati family kak Asmidar dan dimurahkan rezeki. Tapi x sempat nak snap gambar makanan yang dihidangkan. Thumbs up kak... Dan yang sempat

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

KEK KUKUS 'SIMPLE'

  Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Entri kalini sebenarnya dah lama buat tapi baru ada masa nak update. Sebenarnya kek kukus ni i buat time bestfren i nak datang dengan suami and anak mereka yang baru seorang. Bestpren i dari sekolah menengah. Sebenarnya kenal dari sekolah rendah lagi but jadi rapat bila kami sama2 masuk sekolah menengah yang sama kat sekolah menengah agama kunak dan ukhuwah kami terjalin sehinggalah sekarang, alhamdulillah. Resepi sebenarnya adalah resepi kek kukus lapis bumi,,iaitu resepi asal kak dayangjack.blogspot. but i ubah sedikit guna bahan yang ada kat rumah and kemalasan menunggu nak buat lapisan so jadi x berlapis jawabnya. hehe..lagipun kawan ni nak dtg dlm masa beberapa selepas dia kol i, so nak express la jawabnya. Okay la jom semak resepinya. resepi asalnya dari Hasue dan olahan oleh dapurKu saYang aka dayangjack.blogspot.com dan di olah lagi oleh saya,,hehe Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum (diayak) 1/4 cawan serbuk holicks 5 biji t